Borang Permohonan Sebagai Panel Peguam LPHP

LPHP membuka tawaran pendaftaran panel kepada firma-firma guaman di Negeri Pahang yang berdaftar dengan Majlis Peguam Malaysia.

 
 
Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Mempunyai 2 rakan kongsi minimum (2) orang. Pemilikan tunggal tidak dibenarkan.
  2. Mempunyai Sijil Amalan Tahunan terkini untuk menjalankan amalan yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam Malaysia.
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang guaman. Bagi panel kes-kes litigasi, firma guaman hendaklah menyatakan senarai no kes atau "citation of reported cases".
  4. Mempunyai Insuran Perlindungan/Tanggungan Rugi Professional sekurang-kurangnya RM 2,000,000.00.
  5. Firma guaman tidak boleh mewakili pihak ketiga yang menentang LPHP atau terlibat dengan apa-apa transaksi pihak ketiga yang menjejaskan kepentingan LPHP kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada LPHP.
  6. Firma guaman hendaklah memastikan kadar bayaran perkhidmatan guaman (scale of fee) menurut Solicitor's Remuneration Order 2023 ("SRO 2023") bagi perkara yang dipertikaikan (non-contentious matter).
  7. Firma guaman hendaklah bersetuju bahawa LPHP tidak akan membayar retainer fee tetapi pihak guaman hanya melaksanakan kerja-kerja perundangan yang diarahkan LPHP sahaja.
  8. Firma guaman hendaklah mempunyai pejabat guaman di Negeri Pahang.