PENDAFTARAN BARU
PROJEK RUMAH MAKMUR NEGERI PAHANG
 
SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;
2. Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan;
3. Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
4. Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah;
5. Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan;
6. Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan;
7. Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.
ARAHAN
1. Pastikan anda mematuhi syarat-syarat permohonan sebelum memohon.
2. Hanya maklumat yang lengkap sahaja akan diproses.
3. Medan bertanda * adalah wajib diisi.
4. Klik SIMPAN selepas mengisi borang.
5. Anda dibenarkan untuk mengemaskini semula borang selagi butang HANTAR PERMOHONAN tidak diklik. Setelah selesai, tandakan ruangan PENGAKUAN dan klik pada HANTAR PERMOHONAN.
6. Sila pastikan borang diisi dengan lengkap dan cetak Slip Penerimaan Pendaftaran dan kemukakan bersama dokumen sokongan seperti di senarai semak dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan ini dan hantar ke Bahagian Perumahan atau mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah. Klik DI SINI untuk melihat rujukan alamat.

Masukkan Nombor Pengenalan * :