PENDAFTARAN BARU
PERUMAHAN AWAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
 
SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;
2. Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan;
 
a) Perumahan Kos Rendah (Kerajaan)
  i) Telah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas
  ii) Belum berkahwin tetapi berumur melebihi 35 tahun
b) Perumahan Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah (Swasta)
  i) Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
3. Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
4. Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah;
5. Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan;
6. Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan;
7. Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.
ARAHAN
1. Lengkapkan borang ini dengan betul.
2. Hanya maklumat yang lengkap sahaja akan diproses.
3. Medan bertanda * adalah wajib diisi.
4. Klik SIMPAN selepas mengisi borang.
5. Anda dibenarkan untuk mengemaskini semula borang selagi butang HANTAR PERMOHONAN tidak diklik. Setelah selesai, tandakan ruangan PENGAKUAN dan klik pada HANTAR PERMOHONAN.
6. Cetak Slip Penerimaan Pendaftaran dan kemukakan bersama dokumen sokongan dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan ini dan hantar ke Bahagian Perumahan atau mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah. Klik DI SINI untuk melihat rujukan alamat.

Masukkan Nombor Pengenalan * :