Butiran Skim
Daerah
Bentong , Jerantut , Kuantan , Lipis , Pekan , Raub , Temerloh , Rompin , Maran , Bera
Bilangan Projek
122
Bilangan Pemohon
119,857
Syarat Kelayakan
1. Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang;
2. Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan;
 
a) Perumahan Kos Rendah (Kerajaan)
  i) Telah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas
  ii) Belum berkahwin tetapi berumur melebihi 35 tahun
b) Perumahan Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah (Swasta)
  i) Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
3. Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
4. Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah;
5. Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan;
6. Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan;
7. Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.

 

LPHP | Pahang