Pengenalan Skim
Skim Rumah Mesra Pahang (RMP) ialah inisiatif oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) untuk membantu rakyat negeri Pahang yang memiliki tanah sendiri tetapi belum mempunyai kediaman yang sempurna, dengan menyediakan subsidi sehingga RM15,000 bagi pembinaan rumah sesebuah satu tingkat yang selesa dan mampu milik, lengkap dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Butiran Skim
Daerah
Harga Rumah
75000
Bilangan Pemohon
46
Subsidi Kerajaan Negeri
15000
Syarat Kelayakan
Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan
Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun
Telah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas
Memiliki tanah berkeluasan tidak kurang daripada 3000 kaki persegi.
Tidak memiliki rumah diatas nama sendiri.
1. Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang;
2. Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan;
3. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna dan;
5. Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun.
6. Memiliki tanah berkeluasan tidak kurang dari 3000 kaki persegi diatas nama sendiri.
7. Kelulusan tertakluk kepada kelayakan pemohon untuk pembiayaan daripada institusi kewangan berdaftar.
Butiran Unit
3 Bilik tidur.
2 Bilik air.
1 Ruang makan.
1 Ruang tamu.
1 Ruang dapur.
Pelan dan Gambar
LPHP | Pahang