Skim Terkini
Projek Pilihan

Berita Terkini

Pahang Perkenal Inisiatif Pangsapuri Pahangku Berpusatkan Mobiliti dan Kelestarian
Pangsapuri Pahangku di Bentong bakal menjadi model pembangunan untuk diperluas ke enam lagi lokasi lain berhampiran stesen ECRL

20 Keluarga Terima Kunci Rumah Rakyat Pahang Di Dun Jengka
Seramai 20 penerima Rumah Rakyat Pahang Fasa 4 di DUN Jengka menerima kunci rumah daripada YH. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail, yang juga menyampaikan bantuan kepada 15 penghuni PPRT, sebagai tanda komitmen Kerajaan Negeri menyokong golongan B40

Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Dun Muadzam Shah, Daerah Rompin
LPHP menyerahkan dua unit Rumah Rakyat Pahang di Muadzam Shah bersama sumbangan barangan elektrik, selaras dengan usaha Kerajaan Negeri menyediakan perumahan mampan dan inklusif untuk rakyat

Kunjungan Hormat LPHP ke Pengurusan Pasir Pahang Berhad (PPPB): Perkukuh Kolaborasi Demi Kelestarian Sumber Negeri
LPHP bertemu PPPB bagi meneroka kerjasama perolehan pasir secara mampan untuk sokong projek perumahan mampu milik di Pahang

Maklumat yang anda berikan akan membantu kami mempertimbangkan lokasi baharu untuk projek perumahan akan datang.

- Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
- Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM10,000.00 sebulan.
- Keutamaan kepada yang berumur 40 tahun ke bawah.
- Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun.
- Layari laman sesawang Sistem Perumahan Awam Pahang.
- Tekan butang Datfar dan isi maklumat yang diperlukan dengan tepat.
- Sila semak emel anda untuk pengesahan pendaftaran.
- Log masuk ke dalam Sistem Perumahan Awam Pahang.
- Sila sahkan pengesahan nombor telefon.
- Tekan butang buat permohonan dan lengkapkan butiran yang diperlukan dengan tepat.
Harga rumah bagi skim PAKR: RM 15,000 - RM 60,000.
Harga rumah bagi skim PKSR: RM 30,000 - RM 90,000.
Harga rumah bagi skim MAKMUR: RM 30,000 - RM 100,000.
Harga rumah bagi skim PR1MA PAHANG: RM 100,000 - RM 200,000.
Harga rumah bagi skim RUMAH PAHANG: RM 90,000 - RM 150,000.
Harga rumah bagi skim RUMAH PENJAWAT AWAM PAHANG (RPAP): RM 100,000 - RM 300,000.
Harga rumah bagi skim PAHANGKU: RM 50,000 - RM 250,000.
Anda boleh mengisi maklumat di Kalkulator Skim untuk mengetahui skim mana yang bersesuaian dengan anda.
Jika anda pernah berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Pahang (LPHP) sebelum ini melalui sistem lama, anda boleh menghubungi dengan maklumat di bawah :-
- telefon : 095512777 / 095512888
- emel : home[a]phpahang.gov.my
- alamat : Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang, Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang.
Mohon untuk dimaklumkan butiran maklumat peribadi untuk tujuan semakan dan pengemaskini maklumat seperti berikut:
- Nama Penuh:
- No. Kad Pengenalan Baru:
- No. Telefon (Mobile):
Untuk pengguna yang berdaftar dengan sistem baharu, anda boleh tekan pautan ini untuk tetapkan semula kata laluan anda.
Pengguna boleh klik pada pautan berikut:
Pelanggan boleh mengaktikan kembali akaun yang telah disekat (kegagalan percubaan Daftar Masuk melebihi 3 kali) dengan menghubungi LPHP melalui:
- Telefon : 09 551 2777 / 2888
- Email : home@lphpahang.gov.my
Mohon untuk menyatakan bersama maklumat berikut bagi tujuan semakan dan pengesahan:
- Nama Penuh:
- No. Kad Pengenalan Baru :
- No. Telefon (mobile):
Kini pelanggan boleh membuat pembayaran sewaan PAKR melalui Pihak Berkuasa Tempata (PBT) mengikut seperti berikut:
- Majlis Perbcandaran Temerloh
- Majlis Perbandaran Bentong
- Majlis Perbandaran Pekan
- Majlis Daerah Lipis
- Majlis Daerah Maran
- Majlis Daerah Raub
- Majlis Daerah Jerantut
- Majlis Daerah Rompin